Latar Belakang SUKSAR

Sarawak tetap komited untuk menjadi sebuah kuasa sukan di Malaysia dan Sukan Sarawak (SUKSAR) yang diadakan semula pada tahun 2023 merupakan jalan yang sesuai untuk melahirkan juara di kalangan atlet tempatan di seluruh negeri. Sarawak bertekad untuk menjadikan SukSar sebagai satu acara sukan utama di Sarawak dan di rantau ini.

Kali terakhir SUKSAR diadakan adalah pada tahun 1990 dan ianya digunakan untuk mencungkil bakat-bakat sukan baru di negeri ini serta memberi pendedahan mereka kepada pertandingan yang bakal disertai terutama di temasya berprestij seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

SUKSAR juga bertujuan untuk memilih atlet yang bercita-cita tinggi untuk mewakili Sarawak di Sukma di mana hanya mereka yang berumur 19 tahun ke bawah layak bersaing dan ini adalah untuk memastikan kelayakan mereka pada tahun berikutnya, kerana hanya batas usia berusia 21 tahun dan di bawah boleh bertanding di Sukma.

Untuk melayakkan ke SUKSAR, mereka perlu terlebih dahulu bersaing di sesi ujian dan pemilihan diperingkat zon masing-masing. Sebanyak 4 kontinjen akan bertanding dalam SukSar 2023 iaitu Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu), Zon Tengah (Kapit, Sibu dan Mukah), Zon Timur (Sarikei, Betong dan Sri Aman) dan Zon Selatan (Kuching, Samarahan dan Serian).

SUKSAR akan melibatkan atlet yang mungkin dipilih untuk mewakili negara dalam Sukma. Atlet normal akan bersaing dalam 13 sukan iaitu Angkat Berat, Berbasikal,Bola Tampar, Futsal, Hoki,  Judo, Karate, Penca Silat, Sepak Takraw, Taekwondo, Tinju dan Wushu.

Jawatankuasa penganjur SukSar diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak, YB Dato' Gerald Rentap Jabu manakala pelaksanaannya diterajui oleh Sarawak Sports Corporation (SSC), Majlis Sukan Negeri Sarawak di bawah Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang dipimpin oleh Menteri, YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 

PENGENALAN:

SUKAN SARAWAK” (SUKSAR) adalah berkonsepkan kejohanan beraneka jenis sukan (multi sports competition) yang diadakan dwi tahunan dan diadakan berselang seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA).

Penyertaan adalah terbuka kepada Warga Negara Malaysia yang bermastautin di negeri Sarawak yang berumur 20 tahun ke bawah untuk kategori SUKMA;

SUKAN SARAWAK yang pertama dicadangkan pada bulan 27 hingga 30 November 2017 bertempat di Bandaraya Kuching dan SUKAN SARAWAK II diadakan di Miri, Sarawak. SUKAN SARAWAK (SUKSAR) kali ini adalah yang ke tiga di mana Sibu adalah tuan rumah bagi temasya kali ini yang akan berlangsung pada 15 hingga 18 Januari 2024.

 

MATLAMAT:

SUKSAR menjadikan tapak persediaan bagi menyediakan atlet-atlet negeri Sarawak bertanding di peringkat yang lebh tinggi dalam menjadi Sarawak sebagai kuasa dalam bidang sukan di rantau sebelah sini.

 

OBJEKTIF:

  1. Untuk mencungkil dan mempertengahkan lebih ramai lagi atlet yang berpotensi dari semua bahagian untuk mewakili bidang sukan di mana negeri Sarawak yang sedang menyerlah di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA);
  2. Memberi peluang kepada atlet-atlet remaja di luar bandar untuk menyertai kejohanan peringkat Negeri di samping menggalakkan pembangunan sukan secara berterusan;
  3. Memberi peluang dan pendedahan kepegawaian (Pengurus, Pegawai Teknik, Jurulatih, dan sebagainya);
  4. Menggalakkan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada di peringkat akar umbi seterusnya membudayakan sukan ke arah melahirkan masyarakat yang cergas, cerdas, dan berdaya saing;
  5. Menggalakkan dan memberi peluang kepada bahagian untuk menjadi Tuan rumah Kejohanan Peringkat negeri disamping menyumbang kepada perkembangan aktiviti ekonomi di daerah berkenaan;
  6. Menggalakkan penumbuhan persatuan/ kelab sukan di peringkat bahagian;
  7. Untuk memberi tumpuan kepada aspek Pembangunan Atlet Remaja, di Negeri Sarawak selaras dengan visi Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) – “SARAWAK – SPORTS POWER HOUSE”.

 

VISI DAN MISI:

MISI

Membentuk dan mendidik juara-juara sukan, pengurus-pengurus sukan dan kepegawaian serta kejurulatihan yang berkualiti dan berkomited

VISI

Menetapkan standard sukan, kecergasan, latihan, pendidikan, hiburan dan gaya hidup, perkhidmatan dan kemudahan.

 

PENGELOLAAN:

SUKSAR akan dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dengan kerjasama pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Pertubuhan Sukan dan pejabat-pejabat residen yang tertentu termasuk juga pihak swasta.

Pengelolaan akan dijalankan secara bergilir-gilir antara bahagian mengikut keperluan.