PENGENALAN:

SUKAN SARAWAK” (SUKSAR) adalah berkonsepkan kejohanan beraneka jenis sukan (multi sports competition) yang diadakan dwi tahunan dan diadakan berselang seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA).

Penyertaan adalah terbuka kepada Warga Negara Malaysia yang bermastautin di negeri Sarawak yang berumur 20 tahun ke bawah untuk kategori SUKMA;

SUKAN SARAWAK yang pertama dicadangkan pada bulan 27 hingga 30 November 2017 bertempat di Bandaraya Kuching dan kali ini SUKAN SARAWAK II akan diadakan di Miri, Sarawak.

 

MATLAMAT:

SUKSAR menjadikan tapak persediaan bagi menyediakan atlet-atlet negeri Sarawak bertanding di peringkat yang lebh tinggi dalam menjadi Sarawak sebagai kuasa dalam bidang sukan di rantau sebelah sini.

 

OBJEKTIF:

  1. Untuk mencungkil dan mempertengahkan lebih ramai lagi atlet yang berpotensi dari semua bahagian untuk mewakili bidang sukan di mana negeri Sarawak yang sedang menyerlah di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA);
  2. Memberi peluang kepada atlet-atlet remaja di luar bandar untuk menyertai kejohanan peringkat Negeri di samping menggalakkan pembangunan sukan secara berterusan;
  3. Memberi peluang dan pendedahan kepegawaian (Pengurus, Pegawai Teknik, Jurulatih, dan sebagainya);
  4. Menggalakkan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada di peringkat akar umbi seterusnya membudayakan sukan ke arah melahirkan masyarakat yang cergas, cerdas, dan berdaya saing;
  5. Menggalakkan dan memberi peluang kepada bahagian untuk menjadi Tuan rumah Kejohanan Peringkat negeri disamping menyumbang kepada perkembangan aktiviti ekonomi di daerah berkenaan;
  6. Menggalakkan penumbuhan persatuan/ kelab sukan di peringkat bahagian;
  7. Untuk memberi tumpuan kepada aspek Pembangunan Atlet Remaja, di Negeri Sarawak selaras dengan visi Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) – “SARAWAK – SPORTS POWER HOUSE”.

 

VISI DAN MISI:

MISI

Membentuk dan mendidik juara-juara sukan, pengurus-pengurus sukan dan  kepegawaian serta kejurulatihan yang berkualiti dan berkomited

VISI

Menetapkan standard sukan, kecergasan, latihan, pendidikan, hiburan dan gaya hidup, perkhidmatan dan kemudahan.

 

PENGELOLAAN:

SUKSAR akan dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dengan kerjasama pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Pertubuhan Sukan yang tertentu termasuk juga pihak swasta.

Pengelolaan akan dijalankan secara bergilir-gilir antara bahagian mengikut keperluan.